Komuniti SKOL

Sertai Komuniti SKOL hari ini! Lengkapkan laman profil anda dan berkenalan dengan teman-teman baru di SK Olak Lempit!

Daftar Sekarang!

Blog SKOL

Kini warga SKOL boleh menggunakan Sistem Blog setelah mendaftar sebagai Ahli Komuniti SKOL. Kembangkan bakat penulisan anda!

Daftar Sekarang!

Komuniti Chat SKOL


Berbual dengan teman sekelas dan warga SKOL yang lain menerusi Sistem Chat yang disediakan khas untuk Ahli Komuniti SKOL!

Daftar Sekarang!

Berita Semasa:

PERLANTIKAN WATIKAH PEMIMPIN SEKOLAH

. Diterbitkan dibawah kategori Berita Semasa

pelantikan watikah feb 15Satu majlis perlantikan watikah kepada pengawas, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong kelas telah diadakan pada 2/2/15. Pihak Sekolah berbesar hati telah menjemput Pegawai Polis dari Ibu pejabat Polis Banting ( IPD Banting ) iaitu Sarjan Jamil dan Sarjan Azzalilawati untuk menyampaikan watikah. Tahniah dan Syabas kepada murid dan guru yang terlibat.

KURSUS KEPIMPINAN SIRI 1

. Diterbitkan dibawah kategori Berita Semasa

kursus kepimpinan siri1 15Kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh Unit HEM iaitu Badan Pengawas dan Disiplin bersama Pusat Sumber SK Olak Lempit telah dijalankan pada 30 dan 31 Januari bertempat di Dewan Terbuka SKOL .

Kursus ini disertai oleh Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong kelas. Objektif kursus ini adalah bagi melahirkan bakal pemimpin yang berakhlak, berdaya saing, kreatif dan inovatif serta mengasah bakat kepimpinan dikalangan murid murid.

PROGRAM KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA(KSIB)

. Diterbitkan dibawah kategori Berita Semasa

ksib jan 15Sabtu, 24 Januari 2015, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) telah mengadakan gotong royong bagi mengecat dan menceriakan kelas anak masing masing. 

Hasil permuakafatan antara guru dan ibu bapa SKOL ini telah membuahkan hasil yang amat dibanggakan. Semoga usaha murni ini berterusan dan menjadi contoh untuk kelas kelas yang lain. Syabas dan Tahniah untuk AJK KSIB dan guru bagi kelas yang telah menjalankan usahasama ini.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

. Diterbitkan dibawah kategori Berita Semasa

bantuanawal15Bantuan awal persekolahan telah diadakan pada 21 Januari 2015 bersamaan hari Rabu.
Kehadiran ibu bapa bermula pada jam 8:30 pagi kerana ibu bapa akan ditaklimatkan berkaitan Kumpulan Sokongan Ibu bapa ( KSIB) dimana setiap kelas akan mempunyai Jawatankuasa yang terdiri daripada ibu bapa murid itu sendiri. Wang bantuan bernilai RM100 mula diagihkan pada jam 10:30 pagi.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SKOL 2015

. Diterbitkan dibawah kategori Berita Semasa

maulid15Sambutan maulidur rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari jumaat 16 Januari 2015. Acara dimualakan dengan bacaan yassin oleh semua warga SKOL di dewan terbuka diikuti dengan perarakan di Kg Olak Lempit beserta selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Acara kemuncak ialah ceramah semperna Maulid oleh penceramah jemputan Ustaz Ahmad Nazeer zainal Ariffin.

 

 

Multimedia

Lagu-lagu Pilihan
Loading Player...
Watching: Saya Anak Malaysia


Multimedia

Keselamatan Jalan Raya
Loading Player...
Watching: Ketatkan Tali Topi Keledar


Pautan Web

1 2 3 5  17  7 8 12 
18  9 10 11 13 14 15 16